PENGGUNAAN PRINSIP AL UBUDIYYAH DALAM PEMERINTAHAN ABU AL –ABBAS
Prinsip Ubudiyyah adalah prinsip organisasi yang
berkaitan dengan matlamat dan fungsi utama manusia sebagai hamba Allah. Merujuk
kepada sifat pengabdian diri seorang insan dengan seikhlasnya hanya kepada
Allah .
Oleh itu seluruh kegiatan dan ibadat seorang muslim
dan seluruh kegiatannya dalam organisasi perlulah diikat dengan pengabdian diri
kepada Allah.
Setiap manusia
merupakan Khalifah yang dilantik oleh Allah Swt untuk memakmurkan muka bumi
yang indah ini. Terdapat garis panduan dan peraturan yang Allah telah gariskan
bagi seorang pemimpin, pengurus yang diamanahkan oleh Allah perlu memahami
konsep ubudiyyah.
Konsep Ubudiyyah iaitu tidak meninggalkan dunia dan perjanjian mengabdikan
diri kepada Allah.
1)Kebebasan beragama
-Kebebasan beragama bermaksud agama Islam
tidak memaksa seseorang untuk menganutinya, sebaliknya terpulang kepada
individu tersebut. Tetapi andaikan kita telah memeluk islam maka wajib kita
mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah dan tidak dibenarkan
keluar daripada agama Islam.
2)Kebebasan mencari dan
memiliki harta
-Islam sama sekali
tidak menghalang untuk mencari harta, malah Islam sangat menggalakkan umatnya
supaya bekerja sehingga mampu mengeluarkan zakat bagi membantu orang-orang
miskin.
3)Kebebasan diri
-Kebebasan diri
bermaksud seseorang itu berhak melakukan perkara-perkara yang disukai olehnya sama ada cara pemakainnya atau cara
hidupnya.
Menggunakan prinsip ini
Abu Abbas telah menjadikan Bandar Abbas sebagai ibu kota Negara itu. Ini
merupakan usaha supaya menyatupadukan dan untuk menguatkan tiang-tiang agama.
No comments:
Post a Comment