PENDAHULUAN
Kerajaan Abbasiyah adalah kerajaan islam yang ketiga
selepas Khulafa’ Ar Rasyidin, dan Khalifah Umaiyyah.Zaman kerajaan Abbasiyah
adalah zaman kemuncak bagi kegemilangan tamadun Islam kerana mencapai kejayaan
dalam pelbagai bidang. Kerajaan ini telah ditubuhkan oleh bapa saudara Nabi
Muhammad SAW, Abbas ibn Abd Muttalib.Ia telah diasaskan di Kufah, Iraq kemudian
telah berpindah ke Baghdad. Setelah 150 tahun memerintah Parsi, Khalifah
diarahkan menyerah kuasa kepada ketua tempatan. Khalifah juga kehilangan kuasa
wilayah-wilayah barat Andalusia, Maghribi dan Ifriqiya kepada putera umayyah,
Khalifah Aghlabis dan Fatimid.
Kerajaan Abasiyyah juga berakhir sementara selama
tiga tahun pada 1258, semasa Hulagu Khan, Mongol Khan dibuang dari Baghdad. Seterusnya
disambung semula pada 1261 di Mamluk Mesir dimana mereka terus menuntut kuasa
dalam hal-hal keagamaan sehingga 1519. Selepas itu, kuasa dipindahkan secara
rasmi kepada Empayar Uthmaniyah di Constantinople.
Kerajaan Abbasiyah mengamalkan system pemerintahan
secara warisan seperti yang diamalkan kerajaan Bani Umaiyah.Dipimpin oleh 37
orang khalifah.Corak pentadbiran telah diadaptasi daripada system kerajaan
parsi..
Sistem pemerintahan kerajaan Abbasiyah terdiri
daripada:
1.Al-Khalifah :Ketua Negara
2.Al-Wazir :perdana menteri
3.Ad-Dawawin :jabatan-jabatan kerajaan
No comments:
Post a Comment