Penghargaan

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim,
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, kami daripada kumpulan lapan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Ustazah Siti Nurfarhana yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami dalam menyelesaikan tugasan E-folio ini.
Seterusnya, penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada ahli keluarga kami yang sentiasa menitipkan doa-doa untuk kami, membantu dalam hal kewangan dan tenaga untuk  menyiapkan tugasan ini. 
Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan kami yang telah membantu dan tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada kami untuk menyiapkan folio ini.
Akhir kata, sekali lagi kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu kami untuk menyelesaikan tugasan folio ini. Semoga jasa baik semua diganjari dengan kurniaan daripada Allah yang tidak ternilai harganya Kami juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika terdapat sebarang kesalahan yang tidak disengajakan di dalam folio ini. 
Sekian, terima kasih. 

No comments:

Post a Comment