Al-Musawah

Prinsip Al-Musawah

Al-musawah membawa maksud persamaan. Persamaan yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah mengenai persamaan taraf dan kedudukan setiap pentadbiran, pengurusan ataupun setiap individu di sisi undang-undang atau peraturan dalam memperolehi hak-hak asasi dan pada taraf atau status kemanusiaan. Semua manusia berasal daripada satu keturunan yang sama dan hanya berbeza dari sudut amalan, tanggungjawab dan ketaqwaaan sahaja.

Firman Allah S.W.T :
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kamu telah jadikan kamu berbilang bangsa bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya, semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang-orang yang paling bertaqwa."-Surah Al-Hujurat ayat 13

Ayat ini membawa maksud manusia adalah sama dan terikat di sisi peraturan atau undang-undang yang syarie, tanpa sebarang pengecualian atau keistimewaan. Tiada sesiapa yang boleh menjatuhkan taraf dan kehormatan orang lain melainkan jika ia dibenarkan oleh undang-undang. Islam menentang keras kewujudan sistem kasta iaitu membezakan manusia berdasarkan warna kulit, bahasa, bangsa, budaya, pangkat, asal keturunan dan sebagainya. Sistem kasta mengundang pelbagai masalah terhadap masyarakat serta mencetuskan perbalahan dan persengketaan yang mungkin berpanjangan. Maka, manusia seharusnya diberi persamaan dari segi tanggungjawab terhadap undang-undang, hukuman serta agihan dan penerimaan kemudahan-kemudahan.


3 contoh perlaksanan prinsip ini dalam permintaan beliau:
Yang pertama, taklif syar’iah (perintah syariat) seperti solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain adalah sebuah kewajipan untuk seluruh umat Islam tanpa berkecuali. Yang kedua, ibadah solat berjemaah adalah merupakan salah satu cermin dari konsep al-musawah, tidak ada perbezaan antara besar dan kecil, kaya dan miskin dan berkulit hitam atau berkulit putih jugak. Begitu juga ibadah haji, semuanya berpakaian sama, dengan warna yang sama, aturan dan cara pakaian yang sama. Yang ketiga dalam berlaku hudud dalam hukum islam tidak ada perbezaan atau pengecualian, siapa sahaja yang telah melanggar aturan syarie dan diputus bersalah oleh hakim, maka harus segera dilaksanakan hukumannya.

No comments:

Post a Comment