Latar Belakang

LATAR BELAKANG ABU AL-ABBAS AL-SAFFAH

As-Saffah adalah khalifah Abbasiyah yang pertama dan digelar Abu Abbas As-Saffah (penumpah darah) Bani Abbasiyah.Menjadi khalifah selama 4 tahun 9 bulan ,bermula tahun 132H hingga tahun 136H bersamaan 750 M-745M.Beliau dikenali dengan nama Abu Al-Saffah.Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim.Beliau dilahirkan pada tahun 108 Hijrah,ada pula yang mengatakan beliau lahir pada 104 Hijrah di al-Humaimah iaitu sebuah tempat di al-Balqa’.Ibunya bernama Raithah al-Haritsiyyah.
            Perkataan As-Saffah yang ditulis oleh penulis Barat sebagai ‘bloodshedder’ yang bermaksud ‘yang haus darah’ ,adalah gelaran yang diberikan oleh ahli sejarah mengenai kebijaksanaannya sebagai khalifah pertama Dinasti Bani Abbas.Sebagai khalifah pertama selepas kejatuhan Bani Umayyah ,beliau segera menyatukan pemerintahannya dan menentukan orientasinya.Untuk itu dia tidak teragak-agak untuk mengambil jalan keganasan,walaupun dalam banyak cara dia juga menunjukkan sikap sopan dan kemurahan hati.
Gelaran As-Saffah lebih banyak digunakan dalam konteks sikapnya yang keras terhadap lawan politiknya. Sikap kehidupannya yang sederhana dan kecenderungannya untuk sains juga direkodkan dalam sejarah.Budi baiknya dilihat ketika beliau memberi pengampunan             kepada keluarga Umaiyyah,rezim yang ditumbangkannya,sehingga mereka bebas bergerak di mana sahaja.
Riwayat lain ada menyebut bahawa gelaran Al-Saffah itu diberikan oleh orang-orang kerana beliau terkenal dengan sifat yang tidak mengenal belas kasihan terhadap Bani Umayyah,oleh kerana dendamnya yang begitu hebat,beliau membunuh keturunan Bani Umayyah ,termasuk orang-orang yang tidak bersalah.Abu Abbas As-Saffah meninggal pada usia 33 tahun di kota Hasyimiyah yang dibangunkannya.

Sifat peribadi
Khalifah yang suka berperang,keras hati,kejam terhadap musuh terutamanya ke atas keluarga Bani Umaiyah.Seterusnya seorang yang kuat daya ingatan,gagah dan berani,pemurah serta dermawan.

Sumbangan Khalifah
1.Mengadakan rumah-rumah api untuk panduan musafir(lampu-lampu jalan raya untuk panduan orang-orang yang berjalan pada malam hari).
2.Memperbaharui jalan dan meletakkan batu tanda jarak di antara Mekah dengan Kufah mengikut kiraan Batu Hasyimi.
3.Memperkukuhkan angkatan tentera untuk mempertahankan ancaman musuh terutama dari Rom.

4.Membuka Bandar baru di Iraq yang dinamakan Bandar Hasyimiah.

1 comment: